GANTUNG, NADIA KHAN DAN SEKS BEBAS
Krew KITA sempat menemubual seorang penulis novel fiksyen, Nadia Khan di Starbucks KLCC. Nadia berkongsi serba sedikit tentang salah satu bukunya yang meletop iaitu GANTUNG.

Storyline dark and negatif?
​
Saya pernah dapat ulasan yang begini lah mengenai karya-karya saya. Saya ambil contoh buku Gantung (2013). Dah diterbitkan jadi siri drama dan soon akan jadi movie. Waktu ia diterbitkan, memang saya dapat backlash, cerita ni bagi contoh tak baik, takde moral, ajak orang buat benda jahat. Sampaikan waktu saya ada sesi ramah mesra bersama pelakon Gantung the Series pun, waktu nak print kan tag untuk pekerja, akak photostate tu marah kawan saya. Soal jawab kenapa support cerita macam ni dan sebagainya. Approach saya cuma satu, kita kena didik golongan muda ni. Kalau kita larang, kita tegah, lagi dorang cari sendiri. Jadi, kita bagi, tapi kita terangkan kat mana yang salah. Satu lagi is that, walaupun watak saya berperangai sesyaitan itu, tidak semestinya saya sebagai penulis pun berfikiran sama. Itu sahaja. Belajar bezakan watak dan penulis.
​
FOLLOW JUGA MAJALAH KITA DI FACEBOOK DAN INSTAGRAM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG INDIE LEBIH BANYAK!
​
FACEBOOK: https://www.facebook.com/kitamag
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/kitamag_