top of page

BUKU: KAMERA OLEH MIM JAMIL

KAMERA.jpg

“Kamera” oleh Mim Jamil. Andaian aku, buku ini diberi tajuk kamera kerana Ramly, watak utama buku ini sentiasa bersama kamera digital & kamera analog beliau. Menurut Ramly, kamera membantunya untuk bercerita dengan melihat semula gambar yang diambil. Di sudut lampiran buku ini pun ada beberapa keping gambar hitam putih yg diambil oleh Ramly menggunakan kamera filem nya. Penulisan buku ini menarik bagi manusia yang masih mencari hala tuju seperti aku. Manusia yang mempunyai banyak pilihan tetapi tersepit diantara pemikiran sempit manusia & kehendak diri sendiri. Realiti yang buku ini ketengahkan ialah manusia sentiasa “play safe” dalam kehidupan. Mereka tidak mahu mencuba sesuatu yang luar dari batasan mereka seperti mencari pengalaman di negara orang pada usia yang muda & disaat duit poket hanya cukup2 makan kerana manusia sentiasa dengan fikirkannya untuk mengumpul kemewahan & bekalan harta di hari kemudian. Sedang kan duit boleh dicari, tetapi kudrat & peluang untuk mencari pengalaman mungkin akan hilang bila menginjak dewasa. Aku tak pernah dengar berita kehilangan Ramly, tapi penulis menyatakan bahawa beliau mengumpul kesemua email yang dihantar Ramly kepada seorang teman selepas berita kehilangan Ramly tersebar. Susunan email tersebut memang menceritakan hampir keseluruhan perjalanan hidup Ramly di negara asing, Zürich. Penceritaannya tergantung selepas Ramly seolah2 kecewa dengan hubungannya bersama Sara, wanita yang diminati Ramly kerana selepas itu Ramly mula menghilangkan diri. Aku suka cerita yang tergantung begini sebab memberi ruang kepada imaginasi aku untuk membayangkan pengakhiran cerita yang aku mahu. Cerita tergantung ni sebenarnya sad ending bagi sesetengah pembaca & sad ending adalah preference aku sebab ia memberi impak kehidupan sebenar & happy ending mudah sahaja dilupakan. Dari sudut bahasa, memang tinggi istilah2 yang digunakan & walaupun terdapat percampuran kod bahasa melayu & bahasa inggeris, tapi itu adalah gaya urban penulis cuba ketengahkan dalam fixi, jadi tiada masalah.

​

ULASAN DITULIS OLEH AIDA ZAKI

​

FOLLOW JUGA MAJALAH KITA DI FACEBOOK DAN INSTAGRAM UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG INDIE LEBIH BANYAK!

​

FACEBOOK: https://www.facebook.com/kitamag

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/kitamag_

All Right Reserved ©2019 by KITA

bottom of page